Pada suatu petang di zaman pemerintahan Musang Berganas, anak-anak yatim di sebuah perumahan anak yatim yang terletak Kampung Sungai Musang Berganas berkumpul di dalam sebuah gelung (saluran air). Mereka berkumpul bukannya untuk bergosip dan melepak membuang masa. Tetapi misi mereka ketika itu sangat bermakna dan menjadi pencetus kepada satu perjuangan yang kekal sehingga kini.
Mereka menggelarkan diri mereka dengan nama Putera & Puteri Musang Berganas
Antara lagu-lagu awal yang dipasang oleh penjaga mereka ialah :
- Masyarakat Islam Telah Bermula
- Tanpa Agama
- Mari-Mari Kita Sejenak Mengingat
- Maridhallahuilla
- Kholidubilquran
- Islam Yang Telah Berkembang
- Di Pondok Kecil
- Di Sini Kami Berkumpul
Jika tidak silap saya, lagu Tanpa Agama dan Di Pondok Kecil telah dirakam semula. Evergreen sungguh lagu-lagu itu kan? Sangat hebat ilham yang Allah SWT kurniakan kepada mereka untuk mencipta lagu yang baik ketika itu. Masya-Allah..Hari demi hari kemudahan mereka semakin bertambah. Mereka telah mempunyai pakaian persembahan sendiri (pakaian berwarna warni). Selain itu, mereka juga telah mempunyai sistem audio dan studio sendiri. Persembahan mereka juga semakin kerap dipersembahkan di majlis-majlis ceramah anjuran Al-Arqam. Dan ketika inilah Arwah Fatimah Zahrah (1959-2009) membuat memilih beberapa orang anak yatim lelaki dan perempuan untuk menganggotai kumpulan nasyid Putera & Puteri ini.
Lagu-lagu mereka menjadi siulan kanak-kanak dibawah pengawalan Musang Berganas di seluruh dunia. Bagi pengikut Al-Arqam, inilah sahaja hiburan bagi mereka. Jadi tidak hairanlah setiap kali risalah-risalah arwah diedarkan, mereka (pemuda Al-Arqam) turut menjual kaset-kaset kumpulan nasyid ini.
Kualiti lagu-lagu mereka semakin hari semakin meningkat dengan mempelbagaikan bentuk suara seperti bass, harmoni, suara kanak-kanak dan selingan sajak oleh Arwah Fatimah Zahrah.
Album yang paling mendapat sambutan ialah album Kelahiran. Setiap kali mengadakan persembahan, pasti ramai yang hadir memberi sokongan dan mereka juga menjual kaset-kaset mereka di situ. Apabila sokongan semakin menggalakkan, mereka memikirkan untuk membuat pembaharuan dalam kumpulan mereka. Sejak dari itu mereka menggunakan alatan muzik, membuat studio yang lebih canggih, mempunyai kenderaan sendiri untuk memudahkan ke sana ke mari dan mencari generasi pelapis yang dapat meneruskan perjuangan nasyid ini.
Ramai anak-anak yatim arwah Fatimah Zahrah yang menunjukkan minat yang mendalam untuk menjadi penasyid. Sejak dari itu, hasil daripada perbincangan yang telah dibuat di antara mereka, nama Putera & Puteri Musang Berganas ditukar dengan nama Siddiq dan Tayyibah.
Dalam Siddiq dan Tayyibah, mereka telah menggunakan kompang dan alatan muzik tradisional yang lain. Bagi seluruh penduduk Kampung Serigala Berganas, mereka telah mengganggap kumpulan ini sebaris dengan artis-artis yang lain dengan menyanyikan lagu dan menceritakan tentang kehebatan kumpulan ini.
Antara lagu-lagu mereka dalam jenama NADAMURNI ialah :
- Bisikan aidilfitri
- Munajat
- Potret Aidilfitri
- Cahaya Di Ufuk Timur
- Kasih Sayang
- Balada Makkatul Mukarramah
- Untukmu Rasulallah
Selepas lama bergerak secara ‘underground’, mereka telah menubuhkan sebuah syarikat rakaman sendiri iaitu Zahrah Production. Produk yang mereka hasilkan ialah video ceramah, kaset nasyid kanak-kanak, kaset nasyid muslimah dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama Zahrah Production memperkenalkan dua artis di bawah naungannya iaitu Siddiq dan Tayyibah.Semenjak kemasukkan saudara Tariq Arabi Tarqan ke dalam Zahrah Production, banyak pembaharuan yg dapat dilihat. Beliau berkongsi idea dengan sahabatnya. Mereka bekerja di dalam satu pasukan dan hasilnya Nadamurni semakin diterima oleh masyarakat terutama masyarakat kampus. Sejak itu lagu-lagu Nadamurni juga sudah mula kedengaran di dalam radio dan TV.
Kebiasaan yang berlaku kepada sesebuah kumpulan, ahlinya pasti silih berganti. Tibalah masanya seorang lagi vokalis kedua diperkenalkan iaitu saudara Ustaz Raiba Hafiz. Kehadiran Ustaz Rabia Hafiz ke dalam Industri Nasyid Serigala Berganas memberi kesan yang semakin mengancam. Kini, mereka tidak mempunyai masalah untuk memenuhi jemputan persembahan kerana mereka mampu mengagihkan kumpulan kepada dua kerana kehadiran dua orang vokalis utama. Hebat kan? Kehebatan kumpulan Siddiq dan Tayyibah ini tiada tandingan ketika itu, namun langit tidak selalu cerah. Pada tahun 2008, pemerintahan Serigala Berganas berakhir kedua-dua kumpulan ini dijenamakan semula pada 2010.Penjenamaan ini bukanlah suatu perkara yang biasa kepada mereka tetapi adalah satu hikmah terhadap perjuangan mereka. Kini mereka mengubah cara penampilan mereka dengan menaik taraf ahli, warna, rupa, gaya dan lain-lain. Artis-artis Zahrah Production juga telah berpecah untuk mewujudkan kumpulan yang baru. Lahir dengan semangat dan cara yang baru lagi memberangsangkan.
Siddiq (Dijenamakan semula menjadi Lesalam Malaysia dan ahli-ahlinya telah dinaik taraf kepada lelaki remaja atau dewasa)
Tayyibah (Dijenamakan semula kepada Voices Of Ummi dan ahli-ahlinya bercampur lelaki dan perempuan)
Comments
Post a Comment