Posts

Showing posts from May, 2009

Preview Album The Off “Doa” (2009)

The Off (Firqah Al-Auf) adalah merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air, Malaysia. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada Mei 1998 yang dianggotai oleh 10 orang anak muda yang berbakat. Fenomena yang dibawa oleh The Off menjadikan mereka antara kumpulan nasyid yang tersohor di Malaysia dan juga di negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura. The Off diambil dari perkataan “Hey… It’s The Off” dan gabungan perkataan Al-Auf yang di olah secara kreatif menjadi The Off. Antara lagu yang mendapat sambutan dan menjadi fenomena UNIC adalah seperti: Allahul Alim Balqis Ainul Mardiah Di Atas Nama Cinta Binnabil Huda Menuju Wawasan Sehingga kini The Off telah berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan salah sebuah kumpulan yang masih diingati dan diikuti oleh semua golongan masyarakat. Hampir setiap The Off undangan dari penganjur pelbagai pihak, terutamanya pihak sekolah, universiti, badan kerajaan dan swasta. Konsep yang diterapkan dalam setiap persembaha...