Posts

Showing posts from April, 2006

Sejarah Di Sebalik Kesultanan Mughal

Perjuangan dengan Suriye Sultan Babur, pengasas Dinasti Mughal, mempunyai keturunan dari pihak ayahnya, Timur Lenk, dan ibunya, Genghis Khan. Pada tahun 1497, beliau menjadi pemerintah di Samarkand (Wilayah Farghana). Pada tahun 1504, beliau menakluki Kabul dan kemudiannya menyerang India setelah beberapa pemerintah tempatan mendukungnya melawan pemerintah setempat. Selepas memenangi pertempuran di Panipat, beliau menjadi Shah (1526-1530 M) di India (Utara dan Tengah India). Sultan Sur Shah mengusir puteranya, Humayun (1530-1556 M), ke Persia pada tahun 1540 M. Namun, Humayun berjaya mendapatkan semula kuasa pada tahun 1555 M. Masa Kegemilangan Ketika pemerintahan Sultan Akbar (1556-1605 M), kerajaan mencapai puncak kekuasaan politiknya dengan menguasai seluruh wilayah Hindustan (Pakistan dan Utara India) dan menjajah ke timur hingga Bengal. Beliau mengintegrasikan semua negara Islam (dan lain-lain) di kawasan tersebut di bawah kekuasaannya. Kebijakan-kebijakan beliau didasarkan pada t...